Questions + Answers

Questions

 

Answers

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Nilai

Novel Jalan Ke Puncak : Nilai

(a)   Kasih sayang. Contohnya, nenek Laiman sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan Laiman mendapat pendidikan tinggi.

(b)   Ketabahan. Contohnya, Laiman tabah menghadapi segala dugaan untuk mencapai cita-citanya.

(c)   Tanggungjawab. Contohnya, Sukri menyelia pekerjaan Laiman dengan penuh tanggungjawab semasa Laiman menjalani latihan praktikal di syarikat minyak.

(d)   Baik hati. Contohnya, Laiman tidak menunjukkan sikap marah apabila Kedek dan Muali yang dilatihnya bertindak meninggalkan projek yang akan dibuat.

(e)   Keinsafan. Contohnya, bapa Laiman, iaitu Pak Kiassim insaf setelah memahami pendirian Laiman. Pak Sahok juga insaf lalu bersetuju tanah paya di sebelah tanahnya digunakan oleh Laiman untuk projek ternakan ikan air tawar.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Plot – Teknik Plot

Novel Jalan Ke Puncak : Plot – Teknik Plot

(a)   Teknik pemerian. Contohnya, pengarang memerihalkan hubungan Laiman dengan Sukri yang sudah terjalin erat walaupun baru dua bulan lebih mereka berkawan.

(b)   Teknik dialog. Contohnya, Laiman berbual dengan Milan tentang cadangan Laiman yang mahu mengusahakan projek ternakan lebah madu dan dan ikan air tawar di tanah paya di sebelah tanah Pak Sahok.

(c)   Teknik saspens. Contohnya, pembaca tertanya-tanya siapakah yang membakar loji minyak.

(d)   Teknik kejutan. Contohnya, pembaca terkejut apabila Pak Sahok menyetujui kehendak Laiman untuk menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya dengan mudah setelah Pak Kiassim memujuknya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tema dan Persoalan

Novel Jalan Ke Puncak : Tema dan Persoalan

Tema

Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda berkelulusan universiti bercita-cita untuk menjadi usahawan muda.

.

Persoalan

(a) Kasih sayang dalam keluarga.

(b)   Kepentingan pelajaran dalam kehidupan.

(c)   Pengorbanan untuk keluarga.

(d)   Sikap mengutamakan kerjaya sebelum bercinta.

(e)   Kemiskinan dalam kalangan masyarakat.

(f)    Kegigihan dalam melaksanakan pekerjaan.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sinopsis Bab 7, 8, 9

Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis Bab 7, 8, 9

Bab 7: Resah

– Penolakan Laiman terhadap tawaran pekerjaan bergaji menimbulkan kemarahan bapanya, Pak Kiassim – mengatakan bahawa Laiman menolak rezeki

– Laiman mengatakan bahawa belum sampai masa untuk dia menerima tawaran seperti itu – jawapan itu tidak menyenangkan Pak Kiassim

– Apabila Laiman mengatakan bahawa dia mahu berehat, Pak Kiassim bertambah marah – mengungkit pengorbanan nenek dan abang Laiman

– Laiman   tidak   tahan   mendengar   leteran   bapanya   – meninggalkan rumahnya – pergi menemui sepupunya Milan

– Dalam perbualan dengan Milan, Laiman mendapati sepupunya itu berada di pihak bapanya – berasa kecewa dan berkecil hati

– Milan pandai memujuk Laiman dan berjanji akan membantunya

.

Bab 8: Tekad

– Rancangan Laiman untuk menternak ikan air tawar menghadapi masalah – Pak Sahok tidak mengizinkan dia menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya

– Laiman tahu bahawa tanah paya itu bukan milik Pak Sahok tetapi dia menghormati Pak Sahok

– Selagi keizinan Pak Sahok tidak diperoleh, Laiman tidak akan menggunakan kawasan paya itu

– Laiman dan Milan berbincang tentang pilihan-pilihan lain

– Setelah membincangkan projek ikan, mereka beralih kepada perkara kebun tembikai – kawan Laiman dari Kota Kinabalu akan membeli tembikai yang diusahakannya

– Selain berbincang tentang kebun tembikai, mereka berbincang tentang rancangan ternakan lebah madu juga

– Milan merasakan bahawa rancangan mereka terlalu banyak dan dia bimbang kalau-kalau tidak terkawal

– Laiman mengatakan bahawa tenaga budak-budak yang gagal dalam persekolahan dapat digunakan – ibu bapa budak-budak itu akan berasa gembira kerana anak-anak mereka ada kerja

Bab 9: Pujuk

– Laiman susah hati kerana rancangan ternakan ikan air tawar masih tidak dapat dimulakan – dia dan Milan tetap gagal memujuk Pak Sahok agar bersetuju

– Laiman dan Milan terus memikirkan tempat-tempat lain tetapi tiada yang sesuai

– Laiman terfikir untuk terus memujuk Pak Sahok

– Pada sebelah malamnya, Pak Kiassim menegur anaknya Laiman – bertanyakan kemajuan Laiman – apabila Laiman menunjukkan rasa dukacita, Pak Kiassim menyebutkan hal-hal yang lepas

– Laiman mengatakan bahawa Pak Sahok merupakan penghalang, walaupun tanah yang diingininya itu bukan tanah Pak Sahok

– Pak Kiassim bersetuju bahawa tanah itu memang bukan tanah Pak Sahok

– Perbualan Laiman dengan bapanya kian mengarah kepada perdamaian

– Apabila Pak Kiassim bertanya tentang kebun tembikai, Laiman mengatakan projek itu berjaya

– Laiman terperanjat apabila Pak Kiassim mengatakan bahawa dia akan pergi memujuk Pak Sahok agar bersetuju dengan rancangan Laiman

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Sinopsis Keseluruhan

Novel Jalan Ke Puncak : Sinopsis Keseluruhan

Sinopsis

Laiman pemuda dari Sabah menuntut ilmu untuk mendapatkan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan. Dia dihantar ke syarikat Shell di Sarawak untuk menjalani latihan. Dia memang berkeupayaan untuk maju dalam bidang yang dipelajarinya. Dalam latihan, Laiman bekerja sungguh-sungguh, tetapi impiannya lain daripada itu. Di tempat latihan itu, Laiman akrab dengan gadis yang bernama Soniah, yang juga masih belajar. Hal ini menimbulkan rasa cemburu kawannya yang bernama Muluk. Soniah merasakan ada sesuatu yang tidak kena antara Laiman dan Muluk, tetapi dia menyembunyikannya.

Soniah pernah tersilap menyebut nama Muluk. Apabila ditanya oleh Laiman, Soniah tidak mahu bercerita apa-apa tentang Muluk.

Ketika Laiman tiada di tempat kerja kerana pergi ke Kuching, tangki minyak shell terbakar. Ada telahan kononnya Laiman yang merancang pembakaran tangki minyak itu sebelum dia ke Kuching. Pengurus syarikat sendiri pun mengesyaki Laiman. Walau bagaimanapun, setelah mendapat keterangan daripada Laiman, pengurus syarikat percaya bahawa Laiman tidak bersalah.

Setelah tamat belajar, Laiman balik ke kampungnya. Bagi Laiman, ijazah yang diperolehnya bukanlah tiket untuk dia mencari pekerjaan bergaji tetap. Dia memikirkan projek yang sentiasa ada dalam fikirannya sejak dahulu. Apabila mendapat tawaran untuk bekerja di jabatan pertanian, Laiman menolaknya. Tindakan Laiman itu menimbulkan rasa hairan dalam hati sepupunya Milan. Hal tersebut menimbulkan kemarahan ayah Laiman, Pak Kiassim juga. Pak Kiassim yakin bahawa bekerja makan gaji adalah yang terbaik bagi lulusan universiti. Fikiran Laiman ketika itu tertumpu pada projek ternakan lebah madu dan ternakan ikan air tawar. Dia merancang untuk membuat projek ternakan ikan air tawar di tanah paya bersebelahan tanah Pak Sahok. Ternakan lebah madu tidak menjadi masalah bagi Laiman kerana projek tersebut tidak memerlukan kawasan yang luas. Di samping itu, dia menanam tembikai juga.

Kemarahan Pak Kiassim menjadi-jadi apabila dilihatnya Laiman tidak beroleh apa-apa kemajuan. Namun begitu, Laiman tetap dengan pendiriannya. Dia berpakat dengan Milan untuk terus bergerak maju. Pada mulanya, Milan juga kurang bersemangat. Milan menjadi yakin dan bersemangat apabila melihat Laiman tidak pernah berputus asa. Mereka bersama-sama meminta izin Pak Sahok untuk melaksanakan projek di sebelah tanah Pak Sahok, tetapi Pak Sahok tidak mengizinkannya. Laiman tahu bahawa Pak Sahok bukan pemilik tanah yang dicita-citakannya itu. Namun begitu, dia tidak mahu bermusuh dengan Pak Sahok.

Milan makin bersemangat seperti Laiman. Tanaman tembikai ada kemajuan. Laiman masih memikirkan projek lain, iaitu kebun limau dan kelapa. Milan bimbang kerana fikiran Laiman terlalu bercabang-cabang, tetapi Laiman yakin dengan caranya. Menurutnya, kerjanya yang banyak akan dibantu oleh budak-budak yang gagal dalam persekolahan. Hal tersebut tentu akan menyenangkan hati ibu bapa budak-budak itu.

Setelah masa berlalu agak lama, Pak Kiassim dapat menerima usaha Laiman. Dia telah melihat kejayaan Laiman dalam bidang penanaman tembikai. Pak Sahok masih enggan mengizinkan Laiman menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya untuk maksud ternakan ikan air tawar. Hasil perundingan dengan Pak Kiassim, Pak Sahok kemudiannya bersetuju.

Laiman memulakan projeknya. Paya itu diperdalam menggunakan jentera pengorek. Setelah segala-galanya elok, Laiman menambah bidangnya lagi. Sebahagian daripada tempat itu digunakan oleh Laiman untuk ternakan ikan air tawar, manakala sebahagian lagi untuk ternakan udang harimau. Laiman menyerahkan urusan kebun tembikai kepada ayahnya.

Masalah dalam perusahaan merupakan perkara biasa. Masalah yang menimpa Laiman ialah dua orang anak muda yang dilatihnya, iaitu Kedek dan Muali, meninggalkannya untuk membuka perusahaan sendiri. Laiman tidak kecewa, kerana sekurang-kurangnya dia telah berjaya melatih orang lain bekerja.

Kejayaan Laiman makin cemerlang apabila Jabatan Petanian berjanji untuk membantunya memperbesar perusahaan ternakan ikan air tawarnya. Ketika itu, Laiman teringat akan Soniah, gadis yang akrab dengannya semasa dia berada di Sarawak dulu.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cerpen Tingkatan 2 : Nilai dan Pengajaran

Cerpen Menuai Emas : Nilai dan Pengajaran

Nilai

(a) Keyakinan. (d) Keberanian. (g) Berdikari.
(b) Ketabahan. (e) Kerjasama. (h) Kesyukuran.
(c) Kegigihan. (f) Hemah tinggi. (i) Kepemimpinan.

Pengajaran

(a)   Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.

(b)   Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan.

(c)   Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman.

(d)   Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga terutamanya dalam hal tanah.

(e)   Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada golongan yang ingin memajukan sesuatu bidang.

(f)    Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Tuhan kepada kita.

(g)   Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat daripadanya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cerpen Tingkatan 2 : Plot – Binaan Plot, Teknik Plot

Cerpen Menuai Emas : Plot – Binaan Plot, Teknik Plot

Plot – Binaan Plot

(a)   Permulaan – Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang akan kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda. Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.

(b)   Perkembangan – Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif. Seterusnya, Alif teringat pula akan perbualannya dengan pegawai pertanian. Pegawai itu menasihati Alif agar tidak memandang ringan terhadap bidang pertanian.

(c)   Klimaks – Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif memberitahu bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi.

(d)   Peleraian – Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.

.

Plot – Teknik Plot

(a)   Dialog.

(b)   Pemerian.

(c)   Imbas kembali.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cerpen Tingkatan 2 : Sinopsis

Cerpen Menuai Emas : Sinopsis

Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata bahawa kuning padi seperti emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda.

Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai kepada Alif. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.

Alif menyusuri permatang sawah yang sangat bernilai baginya. Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif.

Emak Alif menangis. Alif memberitahu emaknya bahawa dia akan melepaskan dua petak sawah tersebut jika itulah kemahuan emaknya. Emak Alif menegaskan bahawa dia tidak mahu Alif melepaskan dua petak tanah tersebut. Alif bertekad untuk mempertahankan dua petak sawah berkenaan walau dengan apa-apa cara sekalipun. Bagi Alif, mengerjakan tanaman padi juga merupakan sesuatu yang dapat membawa kemajuan. Namun begitu, Alif terfikir juga bahawa kebanyakan pemilik petak sawah yang hendak dijadikan tapak perumahan itu rata-ratanya sudah tidak bertenaga lagi. Anak-anak mereka yang kebanyakannya bekerja di bandar tidak mahu menyambung tugas mereka.

Wajah Abang Man muncul dalam benak Alif. Dua petak sawah Alif bersempadan dengan petak sawah Abang Man. Jika Alif tidak mahu melepaskan dua petak sawahnya, petak Abang Man pun akan bermasalah. Oleh sebab itulah, Abang Man marah kepada Alif. Alif tidak dapat memahamkan Abang Man bahawa dia sendiri sedang mengerjakan sesuatu yang juga dinamakan kemajuan. Lamunan Alif terhenti. Alif menarik nafas dalam-dalam di tengah petak sawah padi yang sedang menguning. Alif berasa puas dan bersyukur kerana dia semakin memahami makna kemajuan yang mahu dibawanya.

Alif teringat akan perbualannya dengan seorang pegawai pertanian. Pegawai pertanian tersebut menasihati Alif supaya tidak memandang rendah terhadap bidang pertanian. Menurut beliau lagi, mereka tidak perlu membeli beras dari luar jika mengusahakan tanah sendiri dengan sungguh-sungguh. Kata-kata motivasi pegawai pertanian itu terpahat dalam hati Alif. Alif berazam untuk membawa kemajuan dalam penanaman padi.

Tuk Ketua turut bersama-sama Alif menyusuri sawah padi yang sedang menguning. Segala pengorbanan Alif tidak sia-sia. Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif mengatakan bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi.

Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Nilai dan Pengajaran (Novel Tingkatan 1)

Novel Formula Termodinamik : Nilai dan Pengajaran (Novel Tingkatan 1)

NILAI

  • Tolong-menolong

– Orang-orang kampung menolong menanam padi di antara satu sama lain

  • Kasih sayang

– Puan Intan sayangkan anaknya dan bimbang apabila anaknya tidah menghubunginya sejak keluar pagi tadi.

  • Keprihatinan

– Usamah memberitahu bahawa mereka sepatutnya prihatin dan memberi bimbingan kepada Aswan dan berbuat baik serta berkawan dengannya agar lama-kelamaan dia akan insaf.

  • Saling mengingati

– Amir mengingatkan rakan-rakannya agar tidak mengumpat kerana perbuatan mengumpat sama seperti memakan daging saudaranya sendiri.

  • Persaingan sihat

– Usamah memberitahu Zaid bahawa persaingan yang sihat akan memajukan diri sendiri.

.

PENGAJARAN

Kita janganlah menuduh orang tanpa usul periksa.

Kita janganlah terlalu memanjakan anak dengan kemewahan.

Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tuduhan.

Kita hendaklah bersaing secara sihat antara satu sama lain.

.

Posted in Bahasa Melayu | Leave a comment